Wednesday, August 18, 2010

ramadhan datang lagi


selamat berpuasa pada kaum muslimin dan muslimat. semoga Allah swt terima segala amal baik kita dan beri kita kekuatan untuk menambah amalan yg diperitahNya.


azie gunakan kain kapas jepun untuk blaus n denim untuk sluo. dan sizenye ikut kemeja 1 year anak azie.




bl002
blaus :bahu 9.5inci
labuh 15 inci
panjang sluo 17 inci
rm50
macam biasa, kalu ada yg berminat, emel azie ye.
maceh.

Tuesday, August 10, 2010

pemenang giveaway!

pemenang yang terpilih ialah

1. syakila
2. nuraarin

diharap pemenang-pemenang dapat emelkan azie alamat dan no tepon mereka sebelum 15/8/2010 supaya azie dapat anto adiah. sekiranya azie masih tak dapat jawapan dari pemenang by 15/8, maka terpaksalah azie memilih pemenang baru.

sekian, tima kaseh.

Saturday, August 7, 2010

pemenangnya mana????

azie dahpun hubungi 2 pemenang yg terpilih tapi salah seorang masih belum antar alamat dan no teponnye. azie letak comment kat link entry giveaway kat blog dia sebab takde emel address kat blog tu. plis,plis emel azie balik supaya azie boleh hantar adiah dia. kalu azie tak dapat alamat dia sebelum 15/8/10, terpaksala azie pilih pemenang lain.

Saturday, July 31, 2010

Blaus n seluo






ni pertama kali azie buat set blaus n sluo untuk dijual. azie gunakan kain kapas jepun untuk blaus n denim untuk sluo. azie gunakan kemeja size 1 year anak azie sebagai contoh.






bl001
blaus :bahu 9.5inci
labuh 15 inci
panjang sluo 17 inci
rm50

Giveaway ditutup

Terima kasih pada semua yg menyertai giveaway 1st aniversary hasil tangan azie. pemilihan akan dibuat sebentar lagi. pemenang akan di hubungi secepat mungkin. hadiah akan dipos sebaik saja azie dapat alamat n nombor talipon pemenang, insyallah.

Sunday, July 18, 2010

giveaway 1 thn anniversary



dah hampir setahun azie join dunia blog. so, azie nak buat giveaway. terbuka dari sekarang hingga 31/7/10. undian akan dibuat pada 1/8/10. cuma tinggalkan komen disini dan sebarkan giveaway ni di blog anda.
hadiahnya, sepasang maxi dan 1 beg untuk si comel.



















baju ni muat anak dara yg tinggi dari bahu ke tumit dalam 31 inci. beg pula 4 x 5 inci, berwarna krim dan bertali panjang.

Sunday, April 4, 2010

maxi!!!maxi!!!

semua maxi untuk budak pompuan 3-4 tahun. tinggi dari bahu ke tumit dalam 30 inci. baju dibuat dari kain 100% kapas . kolar n trimmings kain poly-cotton. setiap baju hanya ada 1 pasang sahaja dan berharga rm50.00(tidak termasuk kos penghantaran).



kod barang m004



kod barang m005



kod barang m006



kod barang m007



kod barang m008



kod barang m009



kod barang m010

cam biasa,sapa yg berminat bleh emel azie. macehhh....




Friday, March 19, 2010

maxi lagi

yahoo!!! berjaya gak azie siapkan 2 pasang maxi untuk budak pompuan 3-4 tahun. tinggi dari bahu ketumit dalam 30 inci. orang tua,still pakai inci lagi,belum pandai guna metric.hahaha!!! baju dibuat dari kain 100% kapas jepun. kolar n trimmings kain poly-cotton.




kod barang m002
saiz 3-4 thn
kuantiti 1 pasang sahaja
harga rm50.00(tidak termasuk kos penghantaran)






kod barang m003
saiz 3-4 thn
kuantiti 1 pasang sahaja
harga rm60.00(tidak termasuk kos penghantaran)

kalu ada yg berminat, sila emel azie ye!

Sunday, December 27, 2009

Lagi beg utuk Nora

kali ni azie nak pos beg yang zulaikha buat untuk nora.tote bag biasa je,dari kain kanvas n lining dari kain poli-kapas.rasanya muat nak letak laptop ko yang comelote cam tuan.



















Ni handbeg untuk nora. kale itam je ek? favourite kale dia tu. tengok album diapun biasanya dia pakai baju n tudung itam. kasut tak perasan lak,sampai talha cakap makcik nora cam witch yoo hee, suka pakai itam.















Ni pencil case untuk anak2 bujang dia. sling beg dorg blum siap lagi,tunggu ye!!!!! iman f5 n adam f2 so, zulaikha tak hias apa2 kat situ. dah beso ka? nipun tah ke dorg malu nak guna. boleh gak buat isi toiletries kalu pi mana2.

Saturday, December 26, 2009

Beg untuk Nora

Nov 19 jumpa kawan sek men azie, nora. dah lebih 20 tahun tak jumpa dia, rasanya rupa dia tak berubah.masih cun macam dulu.sayangnya tak dapat jumpa lama,sebab kami nak balik muo petang tu dan diapun ada hal. dia mintak azie buatkan dia beg cam yang anak dara azie, balqis, bawak ari tu. setelah berempas pulas azie menjahit,siap jugakla beg tu, walaupun takla secantik beg balqis.














dari kain kapas warna biru gelap. kat dalam ada poket berzip. dan yang paling istimewa, ada tag nama nora.bukan price tag ye tapi priceless tag.














nora belum dapat lagi beg ni, tunggu beg untuk anak2 bujang dia siap. beg2 lain tu anak sulung azie, zulaikha, tolong jahit.tunggu semua siap nanti, baru pos hasil zulaikha untuk nora.
ni tote bag untuk nora gak, bole isi barang mekap ke, toiletries ke,buat pencilcase ke, sukati ko le nora.....

Monday, October 26, 2009

maxi humaira

Dah lamanya tak update blog. dari bulan posa ek? baru ni biras azie datang rumah mintak buatkan maxi untuk anak dara dia, humaira. hm,raya posa dah lepas. takpe,raya aji ada. tapi dengan anak dara ni,tak kisah ada raya ke tak. suka je dia bila dapat baju baru.


































ok le kan? dah lama tak buat baju cam ni. belum bagi kat dia lagi. kenala datang amik sendiri. boleh mintak pokde amik gambo humaira dengan baju baru dia.

Sunday, September 6, 2009

Pencil case untuk muhammad n zayd

Cuti sek ari tu, muhammad(anak #6) ngadu pencil box transformer dia dah kemek. Biasala, dah teruk perang dengan megatron kan? nak pi bando malas,so aziepun jaitkanla 1 pencil case untuk dia. siap ada nama n belon-belon lagi. Guna paten boxed pouch.























Bila dah siap,muhammadpun isila barang dia. Isy, beso no la pulak. Boleh letak semua alatulis, kale pensil n magic ink dia. Ada ruang lagi untuk letak tshirt sukan kot. Yang zayd(# 4) lak tengok pencil case muhammad, diapun nak gak. tapi tak nak belon2, cam budak kecik je. Hmm... macamla dia beso no. Iyela, dah F1 kan, perasan beso je benonye. Lainla muhammad, djh 2 je. Asal dapat benda baru dah hepi. Siap demand nak zip merah lagi. So azie buat 1 lagi, yang kecik lak, letak nama je. Bahagian bawah azie letak padding,bolehla dia tegak diam-diam.












N buat untuk muhammad gak. muhammad punya letak zip kuning, yang lain sama je.Yang beso tadi tu, bolehla dia letak unifom bila dia pakai baju sukan. Takla dia sumbat je dalam beg sekolah cam biasa. Ok gak kan?

Tuesday, August 4, 2009

Blaus pink














Blaus yang azie buat untuk Kila,anak Ana. Dari kain kapas 100%. Dipadankan dengan seluar denim pink berbunga.




















Lengan tu 2 kali azie buat, 1st tak menggelembung. 2nd dah ok rasanya. dan Kila suka sangat baju tu.

mukadimah

Dah lama survey hasil kraftangan orang lain, teruja lak nak join sama. Azie suka jahit baju budak pompuan, tapi anak pompuan dah beso-beso, dah tak nak baju comel-comel dengan reben dan kolar. Alasan diorang ' panasla bu, lagipun dalam tudung sapa nampak?' So la ni azie jahit untuk anak menakan dan cucu menakan jela.